Salam Pengenalan

Assalamualaikum w.b.t.
Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.

Saya berharap dengan adanya artikel ini,
dapat saya membantu anda mengetahui serba
sedikit tentang sejarah Islam dan masjid.

Terima Kasih

Saturday 26 February 2011

Kerja Kursus CTU 151 (Masjid): PERANAN DAN FUNGSI MASJID AL MUBARAK, KAMPUNG MASJ...


PERANAN DAN FUNGSI MASJID AL MUBARAK, KAMPUNG MASJID LAMA.








 
Tajuk :
PERANAN DAN FUNGSI MASJID AL MUBARAK, KAMPUNG MASJID LAMA.



Disediakan untuk :
USTAZ ABDUL AZIZ HARJIN
Pensyarah CTU 151


Disediakan oleh :
MUHAMMAD FIRDAUS BIN ABDUL KADIP
No. Matrik : 2010832458
Kumpulan : ASD2Cn


Program :
DIPLOMA SAINS,
FAKULTI SAINS GUNAAN
(AS120)


Tarikh Hantar :
03 Februari 2011




ISI KANDUNGAN

1.    Isi kandungan
2.    Abstrak
3.    Pendahuluan
4.    Pengertian masjid
5.    Sejarah penubuhan
6.    Fungsi dan Peranan
7.    Lampiran
8.    Penutup
9.    Rujukan




TAJUK
Peranan dan fungsi Masjid Al Mubarak, Kampung Masjid Lama.



ABSTRAK

Masjid biasanya sering disebut berkenaan solat, ceramah dan aktiviti agama yang lain. Di dalam Al-Quran juga ada menyatakan tentang konsep masjid ini.  Sebagai hamba Allah di muka bumi ini, kita mestilah mengimarahkan masjid sebagai pusat ilmu dan ibadat. Masjid adalah rumah Allah dan menjadi tempat perhimpunan umat Islam pada masa dan waktu. Kita perlu menjaga persekitaran masjid, bagi menjamin keselesaan ketika melakukan ibadat. Dengan persekitaran masjid yang indah, maka ia dapat memikat saudara saudara dari agama lain untuk memeluk Islam kerana mereka melihat Islam mementingkan disiplin dalam hidup mereka. Allah sentiasa memberi rahmat dan hidayah kepada hambanya yang melakukan ibadat dan suruhanNya di muka bumi ini, alangkah beruntungnya kita. Tiada yang lebih berkuasa melainkan Allah yang maha Pemurah lagi maha Penyayang, yang memberi rahmat kepada sekalian alam semesta. Saidatina Aishah Radiallahu Anha, katanya ;
Etinya ;Rasulullah s.a.w. telah menyuruh umatnya mendirikan masjid di tempat-tempat perkampungan dan hendaklah sentiasa dibersihkan dan diharumkan
( Ahmad dan Abu Daud dan Al-Tarmizi )
          Sebagai umat Islam sangat penting bagi kita untuk solat 5 kali sehari sebaik-baiknya berjemaah dan diberi ganjaran pahala 27 kali ganda dari Allah.





PENDAHULUAN

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya,kerja kursus ini telah berjaya disempurnakan dengan sedaya upaya saya.Dalam mempelajari ilmu agama di dalam mata pelajaran CTU ini,saya juga telah mempelajari cara untuk membuat blog.Selain menjimatkan masa untuk menulis dan menyiapkan kerja kursus ini,cara ini juga boleh menjimatkan kos untuk mencetak,memberi kertas,dakwat pencetak dan sebagainya. Pada zaman sekarang, manusia banyak menggunakan teknologi sebagai sumber utama dalam kehidupan seharian, jadi dengan penggunaan artikel melalui blog ini, kita dapat berdakwah mengikut peredaran zaman.

Dalam kerja kursus yang diberi oleh pensyarah saya iaitu Ustaz Abd Aziz Harjin,saya telah memilih untuk membuat artikel tentang fungsi dan peranan masjid di tempat tinggal saya. Pada pandangan saya, artikel mengenai masjid ini penting sebagai panduan dan artikel sejarah untuk generasi akan datang.  Pada zaman akan datang, pelbagai anasir luar akan merosakkan anak bangsa kita terutama umat Islam. Jadi, saya berharap dengan penyediaan artikel ini, ia dapat menarik minat remaja untuk mendekati masjid dan seterusnya beribadat kepada Allah.

Dalam menyempurnakan kerja kursus ini,jutaan terima kasih saya ucapkan kepada imam,bilal dan nenek serta pihak lain yang banyak memebantu saya untuk menyiapkan artikel ini. Tanpa mereka yang berpengalaman dan mempunyai ilmu yang luas, mungkin saya tidak dapat menyiapkan artikel ini dengan sempurna.
Kesimpulannya,tajuk ini bukan sahaja dapat dijadikan sumber ilmu kepada kita semua khususnya umat Islam,ia juga dapat menarik minat golongan dari agama lain untuk mendalami agama Islam ini.




PENGERTIAN MASJID

Masjid ialah tempat beribadat yang khusus bagi umat Islam, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, akan tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Dari sudut bahasa pula,"masjid" bermaksud tempat sujud.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.
Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musala.

    Di Malaysia, pembahagian tempat beribadat dibahagikan kepada beberapa pecahan iaitu:-
    1. Masjid Negara
    2. Masjid Negeri
    3. Masjid Daerah
    4. Masjid Qaryah
    5. Surau



    SEJARAH PENUBUHAN
    MASJID AL MUBARAK, KAMPUNG MASJID LAMA

    Masjid ini dibina pada zaman 60 an, iaitu masjid utama dan tertua di kawasan Naka iaitu pekan kapada Kanpung Masjid Lama, Kampung Lebai Saman, Kampung Belukar Luas, Kampung Bendang Tok Teri dan banyak lagi. Masjid ini diberi nama Masjid Al Mubarak. Masjid ini terletak di Kampung Masjid Lama, Mukim Tekai Kiri, Naka 06350 Alor Setar, Kedah Darul Aman.Mengikut nenek saya yang berusia lebih 100 tahun, Siti Hawa bin Muhammad, Masjid Al Mubarak dahulunya dibina di sebelah belakang tempat masjid sekarang, menurutnya lagi, masjid dahulu sangat cantik, tiangnya besar sebesar pelukan orang dewasa. Tingkap dan dindingnya diukir bunga dengan sempurna, lantainya diperbuat dengan kayu yang berkualiti dan disusun rapi serta kemas. Mimbar pula diukir dengan cantik, terdapat bentuk bintang dan bulan. Dahulunya, masjid Al Mubarak mempunyai dua tingkat, tingkat bawah merupakan tempat aktiviti manakala tingkat atas merupakan tempat solat. Masjid ini diubah suai kerana terdapat pertambahan penduduk. Imam masjid ini kini bernama Haji Abdul Rani bin Haji Salleh yang berumur 46 tahun. Beliau mula bertugas sebagai imam pada tahun 2007. Beliau mempunyai kelayakan yang tinggi dari Yayasan Pengajian Tinggi di Nilam Puri, Kelantan.  Masjid ini juga dibantu oleh 3 orang Tok Siak iaitu  Yahub bin Haji Abdul Wahab, Shafie bin Che Mat dan Abdullah bin Lateh. Bilal masjid ini tidak tetap. Imam dan Tok Siak masjid ini tiada gaji tetapi hanya elaun setiap bulan iaitu RM500.00 untuk imam dan RM 450.00 kapada Tok Siak. Masjid ini mampu menampung 2500 jemaah. Namun bilanagan jemaah bertambah pada musim perayaan Islam.
             


    Masjid Al Mubarak juga mempunyai carta organisasi bagi memastikan aturcara dan pengurusan berjalan dengan lancar. Carta adalah seperti berikut :




    FUNGSI DAN PERANAN MASJID AL MUBARAK

              Masjid Al Mubarak menjalankan pelbaga majlis agama seperti ceramah, aktiviti agama, dakwah dan aktiviti sosial yang berfaedah. Program- program ini diadakan bagi menarik minat penduduk datang ke masjid ini. Aktiviti agama yang dijalankan disini adalah seperti pembelajaran tentang ilmu tauhid, hadis, tahfiz, tassawur  dan fardu ain. Contohnya, pada hari Ahad, kuliyah Al Quran akan dibincangkan oleh Ustaz Haji Mad Ayub yang merupakan bendahari serta Pengetua sebuah sekolah agama, manakala hari Isnin pula, ilmu fardu ain akan diajar kepada penduduk setempat oleh imam masjid, seterusnya hari Selasa, pembelajaran tentang ilmu tauhid dan hadis akan diperbincangkan Ustaz Haji Haji Mad Ayub.. Manakala pada malam Jumaat, bacaan Yassin dan tahlil bagi saudara yang telah meninggalkan dunia serta mendoakan kesejahteraan masyarakat setempat.
             Pada masa ke semasa, ceramah agama akan diadakan seperti menjemput ustaz dari luar untuk member ceramah. Majlis ini dapat menarik minat orang kampong datang ke masjid. Bagi menarik minat para remaja, sukaneka masyarakat diadakan setiap tahun diperkarangan masjid. Pihak pengurusan masjid banyak menjalankan aktiviti bagi memastikan masjid ini menjadi pusat masyarakat dan mengelakkan perkara yang tidak diingini.
             Masjid Al Mubarak juga menpunyai balai sidang, iaitu tempat mesyuarat dan aktiviti masyarakat. Balai sidang ini juga digunakan oleh para guru setempat untuk dijadikan tempat tusyen. Ia dapat membantu kanak - kanak kampung untuk belajar kerana tusyen yang diberikan merupakan percuma.
              Gotong- royong untuk membersih kawasan perkuburan diadakan pada setiap dua minggu, ia akan dihebahkan awal iaitu sebelum khutbah Jumaat dan pada petang itu, masyarakat kampung akan turun dengan kelengkapan untuk membersihkan kubur.
              Pada musim perayaan Islam, majlisi korban seperti pada hari Raya Aidil Adha, akan dilakukan korban dikawasan masjid bagi yang berkemampuan dan wajib bagi yang mempunyai kewajipan memunaikan zakat harta. Masjid ini juga digunakan sebagai tempat akad nikah pasangan muslim yang ingin berkahwin.
             Masjid ini juga digunakan oleh pusat kesihatan pekan Naka sebagai pusat informasi dan memberi bantuan kesihatan, seperti bantuan suntikan bagi mengelak demam campak, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain.
           




               Pada musim raya Aidil Fitri, kutipan zakat adalah sebanyak RM980.00, dan kutipan pada hari Jumaat iaitu duit yang disedekahkan masyarakat lebih kurang RM300.00. Pada bulan Ramadhan, masjid juga mendapat bantuan moreh dari masyarakat setempat mengikut giliran kawasan. Masjid ini memberi derma kepada anak yatim, fakir dan orang miskin sebanyak RM1000.00 setahun. Pengurusan masjid mendapat bantuan daripada Kerajaan Negeri Kedah untuk pembayaran bil air dakm elektrik sebanyak RM100.00 sebulan.
             Pada tahun 2009, Perpustakaan Jalur Lebar dibina di belakang masjid untuk menarik minat masyarakat untuk mendekatkan diri ke masjid. Perpustakaan ini dilengkapi pelbagai kemudahan seperti buku-buku, majalah dan surat khabar serta kemudahan komputer. Bila tiba waktu azan, semua tetamu yang datang ke perputakaan ini akan hadir ke masjid untuk solat berjemaah.


    LAMPIRAN



    Ini adalah gambar pintu masuk Masjid Al Mubarak. Di sebelahnya terdapat papan tanda Perpustakaan Desa Masjid Lama, Naka.


    Ini gambar dari arah hadapan Masjid Al Mubarak. Perkarangan depan masjid inilah yang sering dilangsungkan aktiviti masyarakat setempat.


     

    Ini pula gambar masjid dari sebelah tepi. Arah penglihatan kita ini merupakan arah kiblat bagi masjid ini. Gambar bangunan di sebelah kiri ini merupakan bilik air.





    Ini pula gambar gendang atau lebih dikenali sebagai beduk. Ia digunakan apabila masuk waktu solat dan bila tiba bulan Ramadhan seperti masuk waktu berbuka dan sahur. Beduk ini juga digunakan apabila diadakan majlis atau kematian. Nada dan bilangan pukulan beduk ini berbeza mengikut sesuatu informasi yang ingin disampaikan.




    Ini pula gambar tempat wuduk bagi Masjid Al Mubarak. Ia dikenali sebagai kolah bagi masyarakat setempat. Kolah ini disiapkan tahun 2008 kerana kolah lama sudah bocor.



    Melihat kepada bekas biru itu, sayu hati terasa. Bekas biru ini merupakan tempat mandian jenazah. Ia dikenali sebagai palong. Disebelahnya, tempat untuk mengusung jenazah ke kubur.



    Ini pula gambar dalam masjid Al Mubarak. Sama seperti masjid-masjid yang lain, ia mempunyai mimbar, jam yang menunjukkan waktu solat, dan al Quran serta banyak lagi.



    Ini gambar tempat istirehat bgi tetamu tetamu masjid ini akan tetapi bila tiba musim perayaan iaitu Raya Aidil Fitri atau Raya Aidil Adha, tempat ini juga digunakan sebagai tempat solat kerana tidak dapat menampung jumlah masyarakat.



    Ini merupakan pintu utama Masjid Al Mubarak.




    Ini kawasan Perkuburan Masjid Al Mubarak. Kawasan perkuburan ini luas kerana ia digunakan oleh 6 buah kampung.  Keluasan tanah perkuburan ini lebih kurang  3 hektar. Pelbagai peristiwa pernah berlaku dikawasan perkuburan ini dan yang paling  jelas ialah batu nisan mengeluarkan bunga api pada tahun 2005.




    Seterusnya adalah gambar kemudahan yang disediakan dikawasan masjid. Perpustakaan Desa ini telah siap dibina pada tahun 2009. Ia disediakan agar membantu orang kampung terutama golongan remaja untuk membaca dan belajar.


    Ia juga dikenali sebagai Perpustakaan Jalur Lebar (PJL). Perpustakaan ini memberi penggunaan internet percuma, latihan ICT kepada masyarakat dan bimbingan ICT. Kemudahan ini dapat membantu masyarakat terutama golongan remaja di kawasan pendalaman agar tidak ketinggalan dalam arus kemodenan masa kini.



    Tempat perbincangan dan berehat. Bersih dan kemas.



    Meja-meja disediakan untuk belajar dan aktiviti. Ia memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang. Pada masa ke semasa perpustakaan ini akan mengadakan aktiviti melukis dan membuat poster.


                                                    Terdapat pelbagai buku tentang pelajaran dan bahan bacaan bagi membuka minda disediakan, seperti buku nota dan rujukan mengikut taraf  pendidikan, novel dan ekslopedia.



    Majalah-majalah juga disediakan kepada pengunjung. Ia bagi membantu masyarakat tahu tentang isu zaman sekarang.





    Kemudahan computer dan internet disediakan agar masyarakat celik IT. Disinilah kelas bimbingan komputer diajar. 





    Ini merupakan parabola yang terletak di belakang perpustakaan ini. Ia menghubungkan talian internet perputakaan ini dengan pusat kawalan.



    PENUTUP

                Kesimpulannya, masjid menjadi lambang kepada syiar Islam, masjid juga sebagai pusat bagi mengembangkan ajaran-ajaran Islam, pusat perhimpunan yang menyatupadukan umat Islam kerana di dalamnya umat Islam dapat beribadat dengan lebih khusyuk dan tawaduk, dapat mengerjakan sembahyang berjemaah, memperolehi ilmu pengetahuan dan dapat menerima nasihat dan pengajaran demi untuk kebaikan dan kesejahteraan mereka di dunia dan di akhirat. Sebagai umat Islam, kita mestilah beribadah kepada Allah setiap hari, dan amat penting bagi kita untuk menjaga masjid sebagai pusat agama kita.
                 Sebagai muslim di muka bumi ini, kita haruslah mengimarahkan masjid demi kesejahteraan masyarakat dan merupakan tanggungjawab kita sebagai muslim bagi menjaga dan memulihara kesucian masjid sebagai pusat Islam.
    Sebagai umat Islam,alangkah ruginya kita hidup di dunia tanpa persiapan untuk menuju ke alam kekal iaitu akhirat.Oleh itu,sentiasalah kita mengetuk pintu hati ini agar terus mengingati Allah dengan melakukan amalan kebaikan serta meninggalkan kejahatan.





    RUJUKAN
    Buku
    Kamus Dewan, Edisi Keempat, 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.


    Laman Web

    Al Azim.com, Kedudukan Masjid dalam Islam.
    abdazizharjin.blogspot.com
    www.Islam.gov.my